Sunday, April 25, 2010

Eksiden Depan Mc Donald Bangi

Dah lama tak tulis blog. Nak kata sibuk, takder la sibuk sangat cuma rasa malas tahap dewa sejak kebelakangan ni untuk menaip blog. Cuti semester bermula awal April sampai Julai. 3 bulan aku free tapi tak tahu nak buat aper. Bila dah bosan baru terfikir ntuk update blog.

Bermacam macam perkara dah berlaku dalam semester lepas. Ader yang manis dan ader yang pahit. Ragam hidup manusia memang macam ni. Ader yang best ader yang tak best. Kalau semua best tu namanya kehidupan di syurga. Post kali ni aku citer skit pasal eksiden yang menimpa aku pada semester lepas (sebenarnya tak timpa aku tapi timpa keter aku).

Alkisahnya bermula pada Februari lepas, aku lupa berapa haribulan tapi jatuh pada hari Sabtu. Hari tu merupakan hari aku repair driveshaft keter aku . Lepas jer repair, aku pergi Mc D Bangi memadangkan jam dah menunjukkan waktu melepasi 12 tgh hari (Mc Value Lunch Special Price).--Sajer makan sedap sekali skala di hujung minggu. So..kat sini lah nasib malang menimpa Kancil ku. Aku wat side parking kat depan Mc D tuh. Nak dipendekkan citer, selesai jer aku tapau Mc D dan kuar dari pintu restoran tu, ku lihat Kancil ku dah berubah kedudukan dari posisi parking asal. Heran jugak aku mula2 nyer. Bila ku hampiri keter tu, baru ku sedar keter ku dah kemek bahagian belakang. Sebelah lampu pecah berkecai, bumper dan bonet kemek serta bercalar. Bahagian depan keter aku plak bercantum dengan keter yang parking depan keter aku (keter honda civic baru--keter aku OK jer bahagian depan). Aku sedar yang Kancil ku dilanggar dari belakang dan rempuhan itu menyebabkan keter ku melanggar keter Civic tuh. Orang yang langgar tuh ntah ke mana (hit run). Mula2 aku nk blah jer malas nak kisah pun sebab bukan salah aku dan keter aku takder la teruk mana pun. Tapi bila fikir 2 kali, takleh la buat macam ni nanti orang tuduh aku plak yang langgar lari sebab ramai orang yang perhatikan aku masa tuh. Kalau aku lari memang konfirm ader orang report kat pemilik Civic tuh dan aku mmg takder duit nak repair keter Civic tuh.

Tak lama kemudian, datang lah sorang mak cik dan bagitau aper yang berlaku. Mak cik tu cakap dia nampak keter yang langgar keter aku tuh. Dia sempat salin no.plate keter tuh dan sanggup jadi saksi ntuk beri keterangan polis. Aku tunggu di tempat kejadian menanti pemilik Civic tu datang. Aku ngan pemilik Civic tuh berpakat ntuk wat polis report kat balai polis Kajang. Nak dipendekkan cerita lagi, setelah beberapa minggu pihak polis berjaya mengesan "Mr. Hit and Run" tuh. "Mr. Hit and Run" tu mengaku bersalah dan aku berhak mendapat pampasan insuran dari pihak dia.

Aper yang best dalam kejadian ni : Aku dapat repair free dan cat baru melalui tuntutan insuran si "Mr. Hit and Run" .

Aper yang tak best: Keter aku masuk bengkel ntuk 2 minggu--terpaksa menyusahkan kawan ntuk transport aku dari kelas ke apartment.

Aper2 pun aku bersyukur kehadrat ilahi kerana dipertemukan aku dengan mak cik yang baik hati tu. Tanpa bantuan beliau mustahil ntuk polis jejaki "Mr. Hit and Run" tuh. Bersyukur jugak kerana ketika kejadian tu berlaku aku takder dalam keter tuh. Kalau aku berada dalam keter tuh ketika rempuhan tu, kemungkinan besar aku cedera teruk sebab rempuhan tu agak kuat hingga dashboard bleh tertanggal.

Sekian sahaja coretan ku kali ini.

*takder gambar sbb camera phone aku diambil abang aku, lupa plak nk mintak memory stick dari dia.