Ramadhan kali ni agak kurang memuaskan berbanding tahun2 sebelumnya. Seblum masuk Ramadhan hari tu niat Ramadhan tahun ni nk lebih baik daripada sblumnya. Tapi bila masuk Ramadhan tahun ni lain pulak jadinya. Aku rasa Ramadhan tahun ni paling kurang amalan sunat dibuat. Terawikh banyak aku x pergi. Quran pun jarang skali aku baca. Ini semua aku tunding jari ke diri ku sendiri kerana sibuk dengan urusan duniawi semata-mata. Apa tidaknya, pada bulan ini, Yang Maha Esa banyak menguji diriku dengan pelbagai bentuk ujianNYA.
8 August 2011, tarikh keramat aku ingat selamanya-selamanya. Pada tarikh inilah aku diuji dengan deadline assignment machine design project. Masih terpahat dalam kepala otak aku memori 3 hari tak tidur malam menyiapkan projek “gila” ni. Nk kata aku suka wat kerja last minit x jgak sebab bukan aku sorang jer tapi semua member2 aku x tidor malam tu nk siapkan. Project dh diberi tempoh 2 bulan tapi punyalah susah nk difikirkan dan disiapkan (tajuk project “gearbox design for windturbine”). Dia punya calculation ..oh! tuhan sahaja tahu bertapa azabnya ntuk dikira. Projek ni bukan setakat calculation jer tapi skali ngan kemahiran menggunakan CAD (computer aided design). Nk dipendekkan citer disini, aku redah jer ujian ni dengan sabar dan tabah (ayat xleh blah). Allhamdulillah pada 8 August jgak lah project report yang tebalnya lebih kurang 50 muka surat berjaya disiapkan. 80% hasil report tu berbentuk calculation yang melampau-lampau panjang. Aper2 pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan kepada diriku ntuk menyiapkannya.
9 August bukan titik akhir.
Lepas jer aku hantar projek report, hati rasa macam senang semacam jer. Beban yang membelengu dlm kepala otak tiba2 jer hilang sesudah report dihantar. Masih aku ingat terawikh malam tu aku agak khusyuk. Sebelum 8 August ader jugak aku pergi terawikh sehari-dua, tapi langsung tak khusyuk. Time solat masa tu hanya perkata “gearbox” jer timbul dlm kepala otak langusung xleh fokus. Nk tidur malam pun masih muncul dlm kepala otak image 3D gearbox yang dibina menggunakan computer software. Serius aku cakap hidup aku langsung tak aman sebelum tarikh keramat tu.
Ketenangan yang aku perolehi tidak lama, tanggal 15 August skali lagi aku diuji dengan kewujudan makhluk yg bernama “Final Exam”. Padaku ujian ini tidaklah sehebat ujian “gearbox project” kerana ini kali ke 4 aku menghadapi final exam pada bulan Ramadhan. 4 subjek terpaksa aku hadapi dlm masa hanya seminggu iaitu machine design, advance fluid mechanics, advance thermodynamics dan dynamics system analysis. Padaku semua subjek tu mmg tough. Nk x nk aku kena hadapi jugak subjek2 tu. Puasa Ramadhan sepatutnya tidak menjadi alasan padaku ntuk study kaw2. Peristiwa Perang Badar menjadi teladan pada ku untuk ku tempuhi ujian ini. Tempoh exam dlm masa seminggu memang pendek jika nak dibandingkan dengan final exam di IPTA yang biasanya memakan masa hampir satu bulan. Setelah bertungkus lumus berminggu-minggu study siang malam, final exam berlalu jua pergi. Apa yang inginku perkatakan disini banyak masa aku habiskan ntuk final exam preparation. Oleh yang demikian itu banyak solat terawikh aku skip. Al-quran jarang skali aku baca. Aku berniat semoga preparation ntuk final exam dikira sebagai satu ibadah.
Sekian sahaja entry kali ini.