Wednesday, October 7, 2009

Cerita di bulan puasa

Dah lama tak tulis blog,maklumlah busy. Assignment bertimbun nk disiapkan, final exam dh dekat & byk hal nk diuruskan.
Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni memang busy. Tiap2 minggu ader test. Test plak wat malam, memang sah takleh gi terawikh kalau malam tu ader test. Tiap-tiap hujung minggu plak pergi Shah Alam wat assignment Bahasa Melayu (kena wat dokumentari pasal sukan ekstrim kat seksyen 13). Tengah malam plak busy nk siap assignment graphic engineering ( a lot of manual drawing--leceh btol).
Bila dh sampai penghujung Ramadhan baru la rasa senang skit. Banyak kerja dh settle. Terawikh pada 10 malam terakhir tak miss kecuali malam akhir (balik kampung).
So far, ader gak pekara best puasa kat Uniten. Boleh makan free sebab juadah berbuka pihak masjid sediakan, lauk memang sedap. Macam berbuka puasa kat skolah dulu, hari-hari kena beratur kat dewan makan. Kat Uniten ni pun sama la jugak tapi beratur kat masjid. Kat Uniten berbuka atas lantai carpet jer. Best gak berbuka kat Masjid Uniten sbb bleh berbuka ngan ramai member. Sebelum berbuka tu bleh la duk sembang-sembang. Terawikh plak memang best sebab masjid pasang air-cond sepanjang hari dan imam plak ok (takder la baca surah panjang2 mcm zaman skolah dulu).
Pasal sahur plak, aku masak sendiri jer nak jimat duit. Sekali-sekala jer beli kat bazaar ramadhan. Bleh dikatakan duit dalam poket tu diguna hujung minggu jer wat isi minyak keter dan wat beli benda2 ntuk dimasak wat sahur.
Time sahur masak telur goreng+roti bakar(roti cap gardenia..butter scortch RM4 sebuku)+air milo.















Tak tau la naper telur goreng jadi macam ni. Tiap-tiap kali aku goreng jadi bentuk macam ni jer. Mungkin skill aku tak btol kot atau memang jadi macam ni kalau goreng guna rice cooker. Aper-aper pun aku makan jer tak kisah bentuk aper pun asalkan boleh makan. Sahur bukannya ader selera sangat pun.

-Sekian sahaja cerita di bulan Ramadhan 1430 (bersamaan 2009)-