Thursday, November 12, 2009

Graphic Engineering


Belum pernah lagi aku ceritakan apa yang dah aku pelajari semenjak menjadi Mechanical Engineering Student kat Uniten . So, post kali ni aku nak ceritakan satu subjek yang aku sangat suka dan sangat menyusahkan serta memang leceh. Sememangya subjek ni banyak memerlukan student membuat drawing secara manual (lukisan tangan) dan menggunakan software komputer. Manual drawing tak banyak ingin aku ceritakan sebab ia lebih kurang apa yang aku pelajari masa skolah dulu dalam subjek kemahiran hidup menengah rendah--mcm melibatkan unjuran ortografi, lukiksan isometrik, sketch gitu2 jer.
Kalau melibatkan penggunaan komputer plak terbahagi pada dua software yg diguna iaitu AutoCAD dan Pro-Engineering Wildfire. AutoCAD bagi aku takder la menarik sangat, konsepnyer macam lukisan manual la jugak cuma menggunakan komputer, so cara ni memudahkan serta mempercepatkan manual drawing untuk menghasilkan lukisan isometrik, unjuran ortografi.
Apa yang menarik mengenai subjek ni bila menggunakan Pro-Engineering iaitu menghasilkan produk dalam 3D. Software ni aku minat sebab objek yang dihasilkan dapat dilihat dalam pelbagai sudut dan siap boleh pusing-pusing lagi objek tu untuk melihat secara lebih terperinci.
Final projek pun hanya melibatkan software ni sajer. Pada awal penggunaan sofware ni memang leceh macam-macam kena belajar jauh lebih rumit daripada AutoCAD. Kena sketch tiap2 part untuk objek lepas tu kena assemble plak. Contohnya cam final projek aku, kena buat objek mekanikal yang mempunyai part sebanyak 2o. So, maknanya aku kena buat 20 parts lepas tu assemble satu-satu. Tajuk projek bebas, so aku pilih nak buat race car sbb mmg aku minat pasal keter. Bila fikiran kembali pasal nak buat projek ni memang mcm sial, part kereta memang susah giler nk buat cam brake-disc,main body,tayar,drive shaft,exhaust ...blablala...kena cukup 20. Rasa cam nak give up jer bila dah berada dipertengahan projek, tapi there no turning back sbb dah banyak jugak yang dah siap. Nak tak nak kena buat la jugak. Lecturer pun tak ajar sepenuhnya camner nk guna software ni. So, nk memantapkan ilmu guna software ni aku blajar la sendiri guna cara try and error , download tutorial video kat youtube, tanya senior, download nota kat webiste.....pergh mmg azab guna benda alah ni.
Alhamdulillah, final projek ni bleh gak disiapkan sebelum "tarikh luput" walaupun terpaksa berjaga lewat malam sampai kul 4 pagi selama seminggu. Bila tengok hasil projek aku agak puas hati la jugak walaupun takder la cantik sangat. Bagi aku race car yang aku buat nih dh layak dipanggil keter bukannyer mee goreng dalam erti kata lain dah cukup syarat untuk menjadi kereta.

exploded view


wheel



brake disc




No comments:

Post a Comment